20 October 2013

Semester 2

Assalamualaikum readers,

Almaklumlah blog ni bersawang sentiasa, mana cerita lepas tu, lepaskan je la...Ni nak habaq mai cerita suasana semester baru ni...

Apa ada pada sem dua?

Single dlm bilik. Takde rumate. Again.
Single dlm kelas. Ye la, xde geng batch sama. Ade dak senior je.
Susun jadual terbaik. Sampaikan sendiri pon tak terikut. Ngeh3x!
Bas Unic baru! Baru jumpa petang tadi. Bagus ade penambahan kat laluan A&B yg sesak ni.
Assignments yg banyakk!!! Normal laaa
Menangis duit xde. Keh3x
Sering sakit2 dikala musim tengkujuh ni.

Lecturer yang best2!
Handphone baru!!! henpon rebate je...cheh!

Kurang barang dalam bilik. Managed to minimal own stuff in here.
Pemalas lagi sem ni!
Ada EEP at last! Yeay!
Dan banyak lagi just tak tertulis sebab malas. Hewhewhew!

Last but not least, I'm still Raraff's lover! Aigooo!!! Saranghae! Mihmihmih!

Silalah beri penampar pd muka mintak penampar ni. <3

14 July 2013

Problem Kereta PROTON Savvy AMT

Assalamualaikum readers,

Haa..tajuk kali ni memang lain dr ape yg pernah Cik Diha post. Setelah mengkaji ape permasalahan tentang kereta berikut, tiba2 dengan eksaitednya, Cik Diha nak mulakan menaip new post kt blog ni.

Tak tau kereta Savvy yg mana 1? Ni ha...


Gambar sekadar copypaste Google Image. Tak penah plak amik gmbar keta tu walau sekali.
Yepp...dats rite! Kaler oren, berkilat cmtu, enjin okay & paling penting, kakak pnya pakai AMT. Automatic Manual Transmission. Maksudnya both gear auto n manual are available. Savvy keluar 2 jenis iaitu Manual sahaja or AMT. Takde full auto okey?

*SEJARAH* panjangnya...please proceed lps garisan putus2 klo xnak baca :)
Bermula dengan sejarah masa beli kereta tu, kakak Cik Diha yg beli masa dia mula2 kje kat KL. Tak silap, around tahun 2008. Dia lepas Master trus kje sana, so agak payah utk bergerak, terus dia nak beli kereta. Dia pentingkan keta jimat minyak, well yes, Savvy is the car. Time tu Cik Diha baru msuk kolej kat N9, and terasa WOW, kakak ade kereta sendiri. Hehehe~

Baru 1++ tahun kereta tu dengan kakak, dia kena berpisah pulak sebab dah kawin n tak kerja dah. Hubby dia nak tanggung dia, so kereta itu secara rasminyanya pulang terkedek-kedek ke kampong (ewahhh, ade driver la yg bwk keta tu, takkan savvy ade kaki gerak kedek-kedek cmtu :p). Kat kampung ade la dalam 2++ tahun Savvy tu tersidai tersadai kat umah untuk Abah ulang alik ke surau. Abah juga yang sambung bayar bulan2 kereta tu. Sakit jugak nak bayar 1 bjik Avanza, 2 bijik Kancil and 1 bjik Savvy oleh keluarga Daud, manakala Cik Diha plak ase bersyukur dapat ringankan beban family dgn bantuan biasiswa JPA masa diploma dulu kat UiTM Kedah.

Kebetulan, habis diploma, Cik Diha dapat kerja construction kat Kulim under company M+W High Tech Project Malaysia (M+W Group) nak buat kilang Infineon lagi satu. So nak ade kereta. (Kepada sesiapa yang nak kje dgn construction, this is the best. Bkan bina umah, dia bina kilang or lab semua high tech punya. Kulim kan bandar high tech, so ape lagi, memang gaji masyukkkk (melebih pulak). Lagi info pasal kompeni ni & kejayaan dia klo berminat nak keje, tgk sini!)


Cari dlm gugel lg. Xde M+W Malaysia. Hambik je la ni~

Ehem, sambung tempat tadi. So, nak ade kereta. Sejak diploma smpai zaman pertengahan kje tu, Cik Diha pakai kancil manual je. Dalam jem atas Jambatan Penang nak balik keje pon, gagah jugak la dok hunus kaki kiri tekan clutch keras tu. Hari-hari taw! Lagi bagus dari Savvy tuh. Bila lpas zaman pertengahan n CEO Asian region asyik dok mai kat site office Cik Diha, mula la segan nak bawak kancil tu ha. Parking punya baik la tang depan project manager omputeh tu (ye la, asyik mai awai ja)..hahaha...abah pon suh tukar. Bagi balik kancil, abah bg savvy sbb xsape dlm family selain Cik Diha, abah n owner savvy tu yg reti drive gear AMT dia tuh...So, selama 1++ tahun, Cik Diha la pulak pembantai savvy itu. :)
-----------------------------------------------


Hadoi, panjangnya intro! Mai cheq nak habaq pa dia problem qeta savvy ni.

1) AMT Gear 
Masalah: Gear tak masuk, atau susah nak masuk.
Punca: AMT Pump/Accumulator/ECU failure.
Cara Pemyelesaian: Service AMT Pump/Tukar Accumulator/Tukar ECU or Reset ECU setting

2) Coil problem (Old Model)
Masalah: Kereta begerak dalam keadaan jerking (Tersengguk-sengguk).
Punca: Salah satu cable coil bocor.
Cara penyelesaian: Tukar kepada coil version baru jenis asing/potong dan sambung dgn coil iswara.

3) TCD @ Flywheel Sensor
Masalah: Susah nak start
Punca: TDC: Tip kotor/sambungan @ connection longgar - kedudukan nyer dibawah hose water radiator
Cara penyelesaian: Tukar TDC jenis baru/cuci tip sensor/solder diconnection TDC.

4) Power Steering Sensor
Masalah: Minyak power steering bocor @ meleleh di sebelah kanan / minyak akan berkurangan perlu di top up selalu
Punca: Bocor ditengah-tengah connection sensor.
Cara penyelesaian: Tukar sensor renault WAJA 1.8 or Renault Kangroo/boleh seal dgn silicone but on the performance x sure.

5) Aircond Switch
Masalah: Patah
Punca: Klip tombol suis tak kuat cepat patah
Cara penyelesaian: Temperory boleh guna gam gajah, buat long term kena beli baru dan gantikan.

6) Speedo Meter
Masalah: Meter akan drop sendiri
Punca: Meter dah kondem/bergantung atas keadaan semasa, ada juga yang kena tak sampai 50K atau 3 thn.

Cara penyelesaian: Tukar baru.


Sumber dari online forum ProCC atau Kelab Proton Malaysia= here!

Betul...masa Cik Diha pakai keta tu, langsung tak ade masalah. TIPULAH! Ade 1 masalah major gile2 masa penggunaan around 6bln pertama. Wiper cermin keras. Okeh. Cable plug pecah. Ade pulak bawak dari Kulim ke UiTM Merbok tu, naik highway boleh g 60kmh je...adoi...semput da keta tu. Tersengguk-sengguk! Waktu kritikal nak g buat clearance tamat diploma kat UiTM nuh dia nak buat hal. Sampai je UiTM, terus mati. Xleh start dah. Gelabah nak mampos!

Kol la kawan yang boleh membantu. Ade la kawan Cik Diha ni polis kat area tu, kawan sejak masuk dip lg... (nampak tak? itu gunanya kenal ramai orang)..dia mai tolong, g workshop area dpn UiTM gak. Dia taw dah penyakit Savvy ni...cable plug. Dia cabut punya cabut enjin tu, tudia, hancur sebatang cable plug tu. Memang tak start la keta....

Pendek jadinya...Yg putih2 tu serdak dia la...

Pomen kata kena bli baru...tudiaaaaaa. Pi kedai kat pekan Sungai Petani tu, dia tanya nak ori ka, kureng punya? Nahai punya mahai... Had ori, RM300++. Had kureng tu, RM160. Boleh tahan setahun n kena tukar lg sebab akan jadi lagi macam dalam gambar tu. Kawtim dengan BIG BOSS kat umah, kawtim dgn apek tu, kawtim dgn kawan polis tu, RM200 gak la sbb kne beli spark plug dia, plug opener pon tak de kat workshop tu sbb dia bukan specialist Savvy pong....Ye la, almaklum la, Savvy ni teknologi Renault (baca dlm online). Barang dia lain mcm dri Proton lain. Lebuh duit. Haihh~~~

Until then, takde prob lain. Nak masuk UUM, pulangkan balik savvy ke kampong dgn sebaiknya. Abah lagi sekali guna utk pi surau. Yeah, masih dlm keadaan baik. UNTIL THEN, now kat kampung ni sebab cuti sem ni ha, Savvy buat perangai lg! This time mmg serious pnya masalah n jgn sesekali dibawa berjalan jauh sebab mungkin boleh eksiden.

1) Gear bertukar sendirinya mcm hantu/sama dengan masalah nombor 1 kat atas tadi & memang bahaya. Solution dia kene matikan enjin n start balik. (ni mungkin masalah elektronik dia or ECU mcm peng'forum' 2 kata) *Nak taw camne, tekan link n tengok video ni sampai habis*

2) Sama dgn masalah nombor 4. Kena selalu top up minyak steering dia. Haih..duit lagi...masalah ni sejak time keje dulu.

3) Sama lagi dgn nombor 5. Tapi minor je...but, rimas la rosak2 ni...!!!

4) Tayar tobek. Well, its not my fault. Tiba2 tertengok tayar ade yg tobek balik cuti midsem ari tu. Family xde duit lg nak bli tayar. Tggu sponsor dri siblings lain. Hehehehe...

Well, secara amnya, konklusinya, in a nutshell, to conclude, dan sebagainya....Cik Diha tak menggalakkan anda, anda, dan anda untuk membeli Proton Savvy walau 1st hand ka, 2nd hand ka. JANGAN pilih kalau boleh. Kalau ampa kaya, mau pi repair keta savvy tu tiap bulan maintenance macam BMW takpa laa...heee~

Okeh la...sepanjang malam ni tak boleh tido pulak sebab demam ni ha, tapi dok rajin plak la menaip. Cukup takat ni, sebab Cik Diha nak pi bersahur...tup2 jam da pukul 4.45am. Maka dengan ini selamat bersahur dan salam Ramadan yang ke 5! :)

06 July 2013

Kek Coklat Saya!

Assalamualaikum readers...

Petang tadi Cik Diha rase boring sgt...nak update blog, rase xde topik pon. Last2, teringin pulak nak makan kek coklat...Aummmm...ape lg, trus g buat...

Resipi ni dapat dari online jgak..(alamak, dah delete page tu, xde link plak)..Tapi Cik Diha cari kat laman web MyResipi.com...Cik Diha pilih satu resipi yg senang n shoot ke dapurr...

Nak buatnya memang senang. Bahan pun senang aje...Whats more, kek coklat tu tak manis sgt sbb guna gula perang! Plus, memang lembut. Nak sedap lg, buat coklat ganache or just tuang coklat cair klo malas. Malas lg mcm Cik Diha, ngap terus ke mulut. Hehehe... Nak resipi? Nahhh...(tengs for MyResipi.com)

Bahan-bahan ( 5-8 org )

Bahan A (diayak & digaul)
2 cawan tepung gandum
1 3/4 cwn gula perang
3/4 cawan koko
1/2 camca kecil baking powder
1/2 camca kecil soda of bicarbonate

Bahan B (dipukul)
3 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan air suam

Cara-cara

Ayak semua bahan2 A kemudian digaul.
Pukul bahan2 B hingga agak kembang.
Satukan bahan A & B diselang2kan dengan air suam.kacau perlahan2.(adunan akan jadi kilat dan likat)
Sedia utk dibakar mengikut oven selama 30minit atau dikukus selama 1 jam (Cik Diha guna kepanasan 175)

Susu pekat manis...setengah cawan taw!
Minyak masak Seri Murni...mmg murni lah!
Tepung gandum, serbuk koko, soda bicarbonate & baking powder yg telah diayak...
Gula perang
Telur ayam yg dpukul smpai gebu mcm Cik Diha...errkkk???
Ni lah bahannya b4 cmpur n gaul...(time ni tgh tnggu air panas nak masak)
1 adunan tu bleh buat 2 loyang kecik, tp nak cantik wat la dlm yg besar
Ni la hasilnya..mmg gebu n sedap! (dah kene gigit)

Haa...Cik Diha xsempat nak amik gambar kek yg da masak dlm loyang tu sebab dah xsabar nak ngap....so xde la gambarnya...Korang boleh makan dgn coklat ganache sbg topping, coklat cair ke, icing ke, or even makan dgn aiskrim vanilla pon boleh! Lagi satu Cik Diha nak pesan, menurut resipi ni, korang boleh bakar dia or kukus dia. Both will be very ohsem! Ape2 pun, kepada sapa2 nak cuba resipi ni, good luck! Memang terbaik! <3

01 July 2013

Gemuk VS Kurus

Assalamualaikum...

Okay, I had my fresh start since past 2 months ago. Mesti korang tertanya kenapa dan mengapa.(jeng..jeng..jeng...) Tak ada lah..biasa je... Everyone ade diorang punya fresh start and as for me, I'm thinking of letting go of the past and keep moving on. And errr...sorry for not being able to updates latest post these past 2-3 months...

Ah!

By the way, HELLO readers! My new "identity" here in my blog is---> CIK DIHA
So no more Cik Bee and ehem! Cik Jan, but previous post may seems difficult to push out his name in the blog, then I decided to stay where it is as long as my post could help and gives info to readers regarding of what have I had experienced before. Case closed. The end.

Updated on 2/7/2013:
Mr Raraff wants to put out all my past memories with Encik Muncit. I hereby that n done that with all my heart. I'm sorry if that makes you uncomfortable n sad. My fault. 


Well...kembali kepada topik kita....I see lots of argumentation, especially women. Body figure and shapes are important to woman, sebab bak kata iklan "Kecantikan adalah hak milik setiap insan". Iklan ape tah tu, korang ingat x? Korang kene ingat, sebab Cik Diha banyak tak ingat...bila makan semut je, yang tu boleh teringat. Hahaha!

Korang rasa Cik Diha ni kurus ke gemuk? Aduh, bagi soklan cepumas plak dah.

Op kos la korang kata Cik Diha kurus, nak amik hati letewww....

Ishhh...tak de la...Cik Diha sedang2 aje...tapi selalu mengimpikan bentuk badan cantek molek... Dah banyak kali Cik Diha try diet, tapi semuanya tak berjaya. Sampaikan bila tak makan seharian, next round nak makan tu, makan bagai nak cover balik sehari tu....gitu la Cik Diha dan dietnya yang tidak berjaya.

Kau nak aku?
Eww..mcm hantu ade la!
Sekarang ni, Cik Diha dah fedap nak diet. Baju semua dah sempit2. Seluar jeans pon rase dah ketat. Makan pulak tak henti2. Mulut ni mengunyap je. Mak pulak dah pandang serong je baju ketat2 ni...dahla takde duit nak beli baju baru. Oi, sendat oi!

Ape2 pon, Cik Diha rasa tak la terlalu gemuk. Cuma berisi sedikit. Ape2 pun ade orang tetap sayang Cik Diha, itu yang penting!

P/s: Ade teknik diet yang lain??? Share pliz! <3

Bunga


Boboy: Awk,awk...nak taw 1 cerita tak?

Gegirl: Cerita ape wak?

Boboy: Nak tanya awk dulu, awak suka bunga ape?

Gegirl: Bunga? Kadang2 suke bunga ros. Tapi paling suke bunga tulip. Tapi just ade kat Holland je.

Boboy: Ye ke? Hmm...

Gegirl: Kenapa?

Boboy: Tak de la, hari tu saya jalan2. Tapi saya terjumpa satu bunga ni. RARE sangat. Tak pernah dalam dunia ni sy jmpa bunga cantik tu. Saya amik terus saya simpan.

Gegirl: Bunga ape tu awk? Ade ke?

Boboy: Bunga tu, awak la.

Gegirl: Ish awak ni! Saya tanya sungguh2, rupanya dia memain je!

Boboy: Hehehehe...saya sayang sgt kat awak. Awak satu-satunya bunga saya yang sangat cantik.

Gegirl: (malu) Hehehe...terima kasih kumbang.... =)

08 April 2013

Cuti tengah semester. Kat tengah yea.

Its all about cuti. Yeyeh! Cuti seminggu yg buat Cikbee sgt2 tenang n bebas dari kerja berat. Hari ini dah hari Senin, dah 4 hari Cikbee kat kampung, menghirup udara still yg panas rembang tu...tapi harmoni jugak la dgn bunyi TV pagi petang siang malam riuhnya especially Running Man.

YESSSS! Kipas n aircond yg dirindui...I'm glad I'm home with u! Ahhh....zzzzzzzz~~~

Okeh, lotsa things kne buat, assignment opkos ade. Baru cuit skit je...AHAKS! Semuanya gara2 daddy bli TV baru. Mommy conquer yg kat dapur. Me n my sis, conquer at the front. So tak berebut la nnt klo clash 'jadual' TV diorang. Astro pun jd dua. Byk movie yg my sis rakam, including The Addams Family dgn Addams Family Values yg Cikbee baru nk tgk..hahaaha! Then nnt Cikbee nk tgk Breaking Dawn, Shrek, Shrek II, Shrek The Third, bla bla blaa.....

WARNING: Jangan la subcribe byk channel ye. Kerja pun takkan jalan. Look at my mom, dia sanggup x mkn lunch just for watching her fav drama in Astro. Owh mamma mia!

Semenjak jd single-mingle ni, hati byk jd tak tentu hala. Tapi Alhamdulillah, ade kawan yg byk membantu hati supaya jd kuat. I say, kali ni tak terlalu heartbroken. Semuanya ketentuan dia. I wanna be strong. Itu yg membuatkan hati ni tak terluka dalam.

Living in UUM really sucks. BUT I admit, its enjoyable when its about frens. DAMN hot weather, yellowish water tap, same ol food, late buses, freaking far classes, its all making me a grown up now. Nobody wants it. But its great!

My lovely frens. Especially DARBIANS GIRLS.

Mona miaw
Mijah mojo-mojo
Dila ketua dayang
Jaz nenek kebayan
Zana mama
Ena keding
and
Fasha nak sandar

They are my world now. I do really love them. They are like my family,my heart, my soul, my everything.

Unless 1 thing.

I'm single. They are double and triple.



Zana, sorry. U r not here.

14 March 2013

Nyanyian Airmata



Merungkaikan persoalan hati tika ini

amat perit terasa

Curahan jiwa dicanting disunting

Mencoret segala lakaran hati

yang kian kabur

mungkinkah ku tersungkur?


Menyusuri dunia tanpa sempadan

angin rindu dibawa pergi

tanpa menemui destinasinya

Bagaikan si pengemis

yang tidak dipedulikan

Nyanyian airmata dilagukan

sedih dipisahkan oleh tersayang

Menyendiri di sudut gelap

berharap di sana menjanjikan syurga indah

buat empunya hati ini.






08 March 2013

Tears That Won't Fall, Fall Off Again



LOVE

Love is nothing without:

Loyal to each other
One love, two hearts
Very caring in any way
Eternal love till death


But how about HEARTBROKEN?


Hatred
Emotional
Ache in the heart
Reminiscent of the ex
Tears falling like waterfall
Bad decision
Recklessly act like crazy people
Other half missing
Kneel down in weakness
Ex of the lover
Nowhere to go





I'm heartbroken, but not HEARTBROKEN.

I'm just HEART.

And I hope I will be just fine.

Just in matter of time.

InsyaAllah...

:')




19 February 2013

Senyum, Tak Perlu Kata Apa-Apa!

Senyum!

Ngee~!

^_^


Sebenarnya Cikbee boring. Tapi byk benda yg Cikbee nak cerita. Nantilah bila Cikbee ade gambar2 yg cantik nak tunjuk kat korang nanti. Entry tak bergambar memang bosan.

Sekarang Cikbee dah OFFICIALLY jadi pelajar sepenuh masa UUM kat Sintok. Korang taw tak Sintok mana? Ade yg kata kat Cikbee, "Nun kat Sarawak tu!". Amboi, seronot la Cikbee klo g Sarawak. Sintok dekat utara Kedah. Dah nak masuk sempadan siam dah. Bukit Kayu Hitam dekat sangat. Haaa...ade masa free, klo Cikbee pegi menyopping kat sana, buley Cikbee letak entry shopping kt siam nnt. =)

Memula Cikbee nak mintak maaf sgt2 sebab Cikbee takde gambar sekitar orentasi Cikbee dan kehidupan Cikbee beberapa hari ni. Maklum la, sibuk sana sini. Cikbee tak sempat bergambar. Ape yang Cikbee boleh cerita, UUM memang best (overall la) walau bas dia agak lambat and terpaksa seksa diri skit demi segulung skrol ijazah tu. (chewah!)

Kalau korang nak jugak gambar sekitar orentasi Cikbee, ade jgak Cikbee sempat mengepaw menge'tag' diri Cikbee dlm gambar yg di snap oleh kengkawan Cikbee. Korang tengok je la Facebook mukebuku Cikbee, korang add la Cikbee. Cikbee ni takde la ramai kawan. Followers kat Twitter pon ciput je. So Cikbee bg link la:

FB: Ummi Madihah

Twitter: Cik Diha @UmmiDiha

Korang rajin2 la kat wall Cikbee or tweet Cikbee...InsyaAllah, Cikbee boleh balas kalau Cikbee ada masa. Cikbee suke nak tambah kenalan. Mungkin kite boleh tukar2 pendapat n cadangan. Kan???

Okey, c u soon! Muahhh!

03 January 2013

Tahun baru, Azam lama lg

Assalamualaikum.

Selamat tahun baru 2013! Maap lerr belog dah bersawang...Terlupa plak password CikChubbyHunnybee ni...Tambah plak dgn sebok kerja memanjang aje...


Alhamdulillah, setelah sekian lama, msuk jgak tahun baru ye? Byk jgak kejadian suka duka yg ade. Terbaru, mak kpd my friend, Hanida, meninggal pd 28 Dec. Al-Fatihah. Moga mak dia ditempatkan dgn org2 yg beriman. (Nida, if u read this, be strong keyh? I still lebiu bebeh!)


A lot of things happens actually, tp kau taw2 je la, Cik Bee kau ni sebok memanjang. Mengalahkan menteri...Keje kol 9pg. Balik pon kau bukan tentu nye ponggg...Mcm hr ni, bdak part time tu tamau datang, Cik Bee kau jgak le kje smpai ke malam ha. Ni klo Cik Bee da kawin ade anak, mau mngamok laki Cik Bee nnt. Anak plak bersepah telentok2 dok tggu Cik Bee bg susu, nk layan dorang. Haha. (Dear my future hubby, "Abam kan comel, hr ni turn cik Abam plak tlg bncuh susu anak yea?"--HIK HIK HIK!) Kejam gile bini ni.

Meh cikbee cerita ape jd kat cikbee bulan 11 yg lepas. Kau tahu, cikbee pegi kenduri. Sepupu la yg kawen ni. Meriah nye makk oiii! Tak menang tangan cikbee dok tolong org. Ye la, wat katering mahal...Ni gotong-royong le...Smpai habis ke petang cikbee menolong nye. Dijadikan cerite, purse cikbee lesap dlm keramaian sedare-mare tu. Aje nye ye pencilok tu ye? Ate nye pandai le kome seluk handbag cikbee tgh ramai2 tu. Malangnye cikbee, bertuahnye pencilok tu sbb dia dpt "hadiah" bernilai RM1300 dr cikbee. Iye la...cikbee bru dpt gaji, dpt cash plak tu, cikbee tak sempat le nk g bank in, terus ke kenduri. Emmm...yum yum kau ye pencilok??? Bior le engko dpt padahnye akhirat nnt.

Senang cerite, cikbee balik ke kedah atas ihsan abg n kakak cikbee@RM 400 je (Alhamdulillah, bersyukur le ade gak duit). Seksa kau taw tak keje xde duit ni? 1 bulan kau kerja terok2, duit kne cilok, aduh...memang kerja pree je la... :')

Al maklumlah, skg musim hujan. Maka ni la yg kau orang kena terpaksa rela menatap...

Mengulat smbil bergambar (pelik xde spek) Kan?
Okeh, jmpa lgik on next post keyh? Daa~
 
The Aristocats - Marie